Fasa dalam kitaran haid Haid

Haid

Haid atau juga dikenali sebagai pendarah haid, datang bulan, atau uzur. Pendarahan haid merupakan tanda seseorang wanita tidak hamil. (Bagaimanapun, ini bukan pasti, kerana kadang-kala terdapat sedikit pendarah semasa tempoh awal mengandung yang dikenali sebagai bunting pelanduk dikalangan orang Melayu.) Semasa tahun wanita subur, ketiadaan haid merupakan tanda pertama kepada wanita bahawa dia mungkin mengandung.

Eumenorrhea menandakan haid normal, tetap yang berlansung selama beberapa hari (biasanya 3 hingga 5 hari, tetapi 2 hingga 7 hari turut dianggap biasa).[5]Purata kehilangan darah semasa haid adalah 35 millilitres dengan 10–80 ml dianggap biasa;[6]ramai wanita turut menyedari penyingkiran lapisan endometrium yang kelihatan sebagai tisu bercampur darah. Enzim dipanggil plasmin — terkandung dalam endometrium — cenderung menghalang darah dari membeku. Disebabkan kehilangan darah ini, wanita mempunyai keperluan diat bagi besi berbanding lelaki bagi menghalang kekurangan besi. Ramai wanita mengalami kekejangan uterus semasa tempoh ini (kekejangan teruk atau simptom lain dikenali sebagai senggugut (dysmenorrhea)). Industri yang besar bagi keluaran berasaskan haid telah terbentuk bagi membantu wanita semasa haid.

Fasa folikel

Melalui pengaruh peningkatan dalam hormon penggalak folikel (follicle stimulating hormone - FSH), lima sehingga tujuk tahap folikel ovari disediakan bagi kemasukan dalam kitaran haid akan datang.Folikel ini, yang telah membesar bagi sebahagian besar tahun itu dalam proses yang dikenali sebagai folliculogenesis, bersaing sesama sendiri bagi dominan. Di bawah pengaruh beberapa hormon, kesemua kecuali satu folikel akan mengalami atresia, sementara satu (atau kadang-kala dua) folikel dominan akan terus matang. Ketika matang, folikel merembes estradiol dalam jumlah meningkat, iaitu sejenis estrogen.

Estrogen yang dirembas oleh folikel, memulakan pembentukan lapisan baru endometrium dalam uterus, histologikal dikenali sebagai proliferative endometrium. Estrogen turut merangsang kamar dalam pangkal rahim bagi menghasilkan lendir subur pada pangkal rahim, yang mungkin disedari oleh wanita yang mengamalkan sedar kesuburan (fertility awareness).

Ovulasi

Ovari hampir membebaskan telur.

Apabila telur matang, ia merembes estradiol yang mencukupi bagi memulakan pembebasan hormon luteinizing (LH) akut. Dalam kitaran purata peningkatan LH bermula sekitar hari ke-12 dan mungkin berterusan selama 48 jam. Pembebasan LH mematangkan telur dan melemahkan dinding folikel di ovari. Proses ini mendorong kepada ovulasi: pembebasan ovum yang kini matang, sel terbesar dalam badan (dengan keratan rentas sekitar 0.5 mm). Dari ovari mana — kiri atau kanan — ovuum muncul pada asasnya secara rawak; tiada kordinasi kiri/kanan wujud. Telor itu ditolak masuk kedalam tiub fallopian oleh fimbria - cebisan tisu pada hujung setiap tiub fallopian. Sekiranya persenyawaan berlaku, ia akan berlaku dalam tiub fallopian.

Pada sesetengah wanita, ovulasi menyebabkan ciri kesakitan yang dikenali sebagai senggugut mittelschmerz (istilah Jerman bererti 'sakit tengah') yang mungkin berlansung selama beberapa jam. Pertukaran mengejut hormon pada tempoh ovulasi turut menyebabkan pendarahan ringan tengah-kitaran bagi sesetengah wanita. Telor yang tidak disenyawakan akhirnya lerai atau larut.

Fasa Luteal

Corpus luteum merupakan jisim pepejal yang terbentuk dalam ovari selepas telor telah dibebaskan kedalam tiub fallopian yang terus membesar dan membahagi seketika. Selepas ovulasi, sisa folikel bertukar membentuk corpus luteum dengan sokongan hormon pituitari. Corpus luteum ini akan menghasilkan progesterone sebagai tambahan kepada estrogens bagi selama 2 minggu berikut. Progesterone memainkan peranan penting dalam menukar proliferative endometrium menjadi lapisan penerima rembesen bagi pembenihan dan sokongan bagi awal hamil. Ia meningkatkan suhu badan sebanyak setengah hinmgga satu darjah Fahrenheit (suku hingga setengah darjah Celsius), dengan itu wanita yang merakamkan suhu badan mereka secara harian akan menyedari bahawa mereka mamasuki fasa luteal. Sekiranya persenyawaan telor telah berlansung, ia akan mengembara sebagai blastocyst awal melalui tiub fallopian ke rongga uterine dan terbenam pada lapisan ovari selama 6 hingga 12 hari selepas ovulasi. Tidak lama selepas pembenihan, embrio yang sedang membesar akan memberi isyarat kepada sistem keibuan. Salah satu isyarat terawal terdiri daripada human chorionic gonadotropin (hCG), hormon yang dapat diukur oleh ujian kehamilan. Isyarat ini penting bagi mengekalkan corpus luteum dan membolehkannya agar terus menghasilkan progesterone. Sekiranya kehamilan tidak berlaku dan tanpa hCG, corpus luteum mati dan aras inhibin dan progesterone merosot. Ini akan menyediakan keadaan bagi kitaran selanjutnya. Progesterone withdrawal leads to menstrual shedding (progesterone withdrawal bleeding), and falling inhibin levels allow FSH levels to rise to raise a new crop of follicles.